Tok Kenali dan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong
Kedua wali Allah ini berkenalan di Mekah. Disana mereka bertemu dan terjalin persahabatan yang erat.
Tok Kenali mengiktiraf kealiman Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong dalam ilmu tasawuf dan pernah memberitahu bahawa :
” Tidak ada orang lain (di zaman itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Haji Mat Shafie Losong”
Mereka hormat menghormati diantara satu sama lain.
Pada suatu ketika, Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong mengajar di pondoknya. Tiba² beliau mengatakan kepada muridnya pada ketika itu, Tok Kenali telah meninggal dunia. Sedangkan pada waktu itu, tiada langsung kemudahan telefon atau seumpamanya dan jarak diantara tempat Tok Kenali dengan tempatnya hampir 150 km. Subhanallah ternyata pada waktu itu, benar Tok Kenali sudah meninggal dunia.
Hampir sama seperti kisah Syeikh Daud al-Fathani yang tiba² melambai² ketika mengajar. Selepas ditanya, jawab Syeikh Daud “Aku selamatkan orang yang lemas dilaut”.
Sesungguhnya hanya wali mengenal wali.
#KisahUlamak
